Thursday, September 18, 2008

Senarai Harga

Harga Semasa

1. Pek permulaan – RM 600 (boleh terus bela)
a. 1 kg cacing
b. Bekas cacing
c. Stok makanan untuk 2 minggu
d. Sedia untuk di ambil selepas 2 minggu dari tarikh pengesahan pembelian. Kami akan
membuat proses 'nursing' bagi memastikan cacing-cacing dalam keadaan sihat
sebelum diambil oleh pembeli.

2. Benih cacing dengan berat kasar 1 kg – RM 450 (cacing sahaja).

3. Makanan cacing – RM 2 sekilogram.

4. Pembelian lebih dari 5 kg akan diberi diskaun istimewa.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
1. Mohd Zain – 014 9280 860
2. MasJeni@JB – 016 6546 448
3. Jasz – 012 2176 910

Nota: Pengesahan pembelian adalah apabila pembayaran telah di buat.

Baja cecair compos (compos tea)

Apa itu compos tea?

Kompos tea ialah baja kompos dalam bentuk cecair. Teh kompos cacing dipercayai mempunyai banyak mengandungi bakteria baik dan juga mempunyai kualiti sebagai zat penggalak tumbuh dan juga penghalang serangga dan penyakit. Tujuan membuat kompos tea adalah untuk membiakkan bakteria baik tersebut dengan banyak.

Cara Pembuatan.
Bahan diperlukan:
1. Bekas plastik (5-10 liter)
2. Pam akuarium
3. kain buruk yang jarang
4. kompos cacing
5. Gula merah
6. Air paip bertapis

Kaedah.
1. Bungkus vermikompos, agak-agak segengam dalam kain yg jarang,
2. Masukkan air pada paras 3 suku dalam bekas plastik (bekas cat 5 liter),
3. Campurkan dua sudu gula merah,
4. Pasangkan pam aquarium dalam air (untuk tujuan circulation dan pengudaraan,
5. Kemudian masukkan bungkusan kompos dalam air, pastikan ianya terendam,
6. kemudian biarkan selama 48 jam (min) dan,
7. Lepas tu guna secepat mungkin, sebab tak boleh simpan lama. Cara guna dengan semburan foliar atau siram pada pangkal pokok.

Cuba la....

Baja Cacing

BAJA CACING.

Vermicomposting ni adalah salah-satu cabang dari composting science. Untuk mengetahui secara mendalam kena kaji secara ilmiah:

1. Vermicast = 100% tahi cacing
Mempunyai nilai pH antara 6.5-7.5
Kandungan vermicast…
• Organic Carbon 20.43 – 30.31 %
• Nitrogen 1.80 – 2.05 %
• Phosphorus 1.32 – 1.93 %
• Potassium 1.28 – 1.50 %
• Carbon : Nitrogen 14-15 : 1 %
• Calcium 3.0 – 4.5 %
• Magnesium 0.4 – 0.7 %
• Sodium 0.02 – 0.30 %
• Sulphur Traces to 0.40 %
• Iron 0.3 – 0.7 %
• Zinc 0.028 – 0.036 %
• Manganese Traces to 0.40 %
• Copper 0.0027 – 0.0123 %
• Boron 0.0034 – 0.0075 %
• Aluminium Traces to 0.071 %
• Cobalt, Molybdenum Present in available form

2. Vermicompost = Hasil baja yg dihurai/kompos dari sisa buangan organik dgn menggunakan cacing pengomposan sebagai agen pengompos. Ia seharusnya terdiri dari lebihkurang 85% Vermicast dan 15% sisa buangan organik yg telah mengompos.

Organisma berfaedah ada dimana2 & ianya penting sebagai salah-satu agen penghurai/pengompos (terutama sekali lactobacillus), malah, ianya saling bekerjasama dgn cacing dlm sistem vermikompos. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput dan Cacing akan makan media berserta mikrob sekali utk bantu penghadaman.

Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa jua bahan mereput termasuk beberapa pathogen2 yg sgt merbahaya kpd manusia.

Dari persekitaran sistem vermikompos, ianya unik dimana mikrob berfaedah akan mula membiak mulai dari tahap “pre-kompos”. Disarankan guna EM.1 di peringkat “pre-kompos” utk mempercepatkan jangkamasa penghuraian dan menambahnilai mutu baja secara menyeluruh. Kelembapan vermikompos yg telah matang, harus dikekalkan minima 12% utk menampung bio-diversity mikroflora & mikrofauna dlm Vermikompos.

Vermikompos (baja organik cacing)
Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.

Fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia. Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.
Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan. Baja Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.
Vermikompos
Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Aplikasi vermikompos dalam tanaman:
i) Utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)
ii) Utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)
Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:
i) Kurang pembajakan antara musim
ii) Kurang masalah perosak
iii) Pertambahan pengeluaran hasil
iv) Mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
v) Penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

Apa itu cacing?

Pengenalan
Sejak kebelakangan ini industri penternakan cacing cukup hangat diperkatakan. Ianya memang masih baru bagi kita di Malaysia walaupun telah lama diperkenalkan di negara-negara membangun yang lain seperti di Indonesia, Korea, Brazil, Australia dan lain-lain. Terdapat 1800 spesis cacing yang dikenalpasti dan hanya 9 jenis yang sesuai dikomersialkan dan hanya 5 jenis yang sesuai di ternak di Malaysia iaitu:
1. Lumbricus Rubellus
2. Eisenia Foetida
3. Pheretima Asiatica
4. Pherionyx Excavatus
5. Diplocardia
Daripada lima jenis di atas jenis yang paling sesuai dan mudah di ternak ialah Lumbricus Rubellus atau dikenali dengan nama cacing harimau atau cacing merah. Di bawah adalah antara ciri-ciri cacing dari jenis Lumbricus Rubellus
1. Bentuk tubuhnya seakan-akan pipih.
2. Di hujungnya ada tanda kekuningan.
3. Jumlah segmen sekitar 90 hingga 195, dimana Klitelum terdapat pada segmen 2 hingga 32.
4. Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar menyamai jenis yang lain.
5. Pergerakan cacing ini lambat dan sering diam apabila dipegang.


Kenapa Cacing Kompos?
Potensi kegunaan:-
1. Penyuburan tanah
2. Memperbaiki dan memelihara struktur tanah
3. Pelupus sampah organik
4. Menjadi bahan campuran makanan ternakan.
5. Menjadikan bahan buangan industri kepada baja organik.
6. Menjadi ramuan perubatan merawat penyakit seperti meredakan demam
tekanan darah tinggi, bronchitis dll.
7. Menjadi bahan campuran dalam pembuatan kosmetik.


Struktur Tubuh Cacing
Ia juga mempunyai lendir yang digunakan untuk memudahkan pergerakan, melicinkan lubang di dalam tanah,serta sebagai alat mempertahankan diri. Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar Epidermis.Pada bahagian depan cacing tanah, terdapat mulut berbentuk bibir yang dinamakan Prostomium. Ianya digunakan untuk menembusi tanah.Apabila tanah sukar untuk ditembusi, maka tanah akan dimakan bersama sisa makanan dan keluar menjadi kotoran yang kaya dengan unsur unsur organik juga mineral dan sangat diperlukan oleh tanaman. Ia juga dapat meneutralkan bakteria yang merbahaya.


Pencernaan Makanan
Prostomium mengambil makanan dan dimasukkan ke dalam Faring (tenggorok). Kemudian melalui Esogafus (kerongkong),dan seterusnya ke perut.Makanan disimpan sementara, kemudian disalurkan ke lambung otot. Di dalam lambung otot, makanan dihancurkan dengan dibantu oleh pasir dan benda-benda keras yang dimakannya.Hasil pencernaan masuk ke dalam usus, kemudian, zat-zat makanan diserap. Di sini, makanan diproses dari bentuk yang kompleks menjadi bentuk sederhana.Di dalam proses ini, enzim, bakteria, protoza bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Zat-zat makanan kemudiannya diserap oleh dinding usus halus masuk ke dalam pembuluh darah, dan disalurkan ke seluruh tubuh.Sisa-sisa makanan yang tidak tercerna keluar bersama kotoran lainya dalam bentuk kotoran cacing.

Produk dari ternakan cacing
Terdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri) dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut).

Biomas adalah produk yang boleh dihasilkan daripada tubuh cacing tersebut. Banyak produk-produk yang boleh dihasilkan dari badan cacing tersebut seperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi. Dinegara-negara seperti Amerika, Eropah, Jepun, Australia, Indonesia telah banyak memajukan industri ini, manakala di Malaysia ini ialah titik permulaan dan kajian-kajian terus di buat untuk memanfaatkan produk cacing ini.

Manakala kascing (baja organik dari sisa makanan cacing) dan juga cecair cacing (worm tea) adalah produk yang boleh di komersialkan dan mempunyai potensi yang besar. Dengan adanya pertumbuhan penternak-penternak kecil dan sederhana, tidak mustahil baja organik ini dapat menggantikan baja kimia sepenuhnya.

Wednesday, September 17, 2008

Ramadhan 1429 / September 2008


Dengan Nama Allah Yang Pemurah lagi Penyayang.....perjalanan projek ini sudah bermula....semuga dipermudahkan-Nya...amin....